Sejarah Blogger (perkhidmatan)

  • Pada 23 Ogos 1999, Blogger dilancarkan oleh Pyra Labs, dan menjadi salah satu pelayan penerbitan blog pertama di dunia.
  • Pada Februari 2003, Pyra Labs diselia oleh Google. Pengambilalihan oleh Google tersebut membuat sejumlah ciri premium Blogger yang sebelumnya dikomersialkan oleh Pyra Labs menjadi pelayan yang bebas sepenuhnya untuk pengguna. Sekitar setahun kemudian, salah satu pengasas Pyra Labs, Evan Williams, mengundurkan diri dari Google.
  • Pada 2004, Google membeli Picasa; lalu menyepadukannya dengan pelayan Blogger sehingga pengguna Picasa dapat menerbitkan koleksi foto miliknya ke laman blog yang dimilikinya di Blogger.
  • Pada 9 May 2004, Blogger memperkenalkan beberapa perubahan dasar pada sistem terbitan blognya, meliputi penggunaan templat CSS (Cascading Stylesheet), halaman arkib individual untuk masing-masing posting, ulasan, dan posting melalui email.
  • Pada 14 Ogos 2006, Blogger meluncurkan versi terbaru (masih dalam tahap beta) dengan nama kod “Invaders”. Versi terbaru ini memindahkan pengguna pelayan Blogger ke pelayan milik Google, selain menambahkan beberapa ciri baru.
  • Mei 2007, seluruh layanan Blogger secara rasmi telah dipindahkan dan dikendalikan di pelayan milik Google.